14 February 2010

Pelajar PTSS sukar jamu selera

KANGAR: Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Pauh, dekat sini, menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan berikutan penutupan beberapa kafeteria di pusat pengajian di situ selepas dikatakan mengalami pencemaran.
Difahamkan Jabatan Kesihatan Perlis menyita lapan daripada 10 kafeteria di politeknik terbabit selepas dikatakan menerima aduan daripada beberapa pelajar yang mengalami sakit perut selepas menikmati hidangan di situ, Isnin lalu. Justeru, pelajar mengalami masalah untuk menjamu selera berikutan hanya dua kafeteria masih dibuka dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang dianggarkan 4,000 orang menyebabkan segelintir pelajar terpaksa membeli makanan di luar kampus. Seorang pelajar perempuan yang enggan namanya disiarkan berkata, selepas penutupan itu, pelajar terpaksa menahan lapar untuk meneruskan sesi pengajian di politeknik kerana bekalan makanan begitu terhad. “Dua lagi kafeteria di asrama lelaki turut disita selain penutupan kafeteria di bahagian pentadbiran politeknik berkenaan. “Penutupan terbabit menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran kerana masing-masing lebih memikirkan mendapat bekalan makanan bagi mengelak kelaparan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan dan Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof, ketika dihubungi semalam enggan mengulas lanjut mengenai penutupan kafeteria di PTSS terbabit. “Penutupan itu prosedur biasa apabila pengendali makanan tidak mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa kesihatan,” katanya. Seorang pegawai kanan PTSS berkata, pihak pentadbiran sudah mengatasi masalah itu dengan membuka gerai sementara di tengah kampus politeknik berkenaan, sejak dua hari lalu.


dah lame xupdate blog, agak kesibukan. tapi disini nk mencelah sikit tentang yang ipaparkan oleh metro online klik sini
sebenarnye situasi xad la seteruk y digambarkan,, adde jugak gerai2 y dibukak sebagai ganti., tapi masalahnye gerai2 tu di uruskan oleh pengusaha sama.. hmm.. pelik?

3 comments:

ainaa.leogirl said...

laaaaaaaaa........
ye ke.......
bek ta yah.......
suh mcD ke kfc ke bkk kedai...
cnfirm bersih....

pseuko said...

elok kjp jh..pah jd plop

Munirah said...

awak, saya tak boleh nak baca your blog because of some picture removed behind a.k.a your backgroud. tukar cepat2, saya nak blogwalking ni.
^_^