11 March 2009

5Pdg:Tah Pape the Story

 5Pdg:Tah Pape the Story



Al cerita bertapak di 5 perdagangan Negeri nan indah dikelilingi puteri-puteri mulut banyak cam lebah gitu seramai 22 orang dan seorang putera yang biasa-biasa aje. Negeri ini tak pernah aman, sebab ketuanya kaki kecoh, Tasnim Sumat diberi gelaran dibantu oleh penolongnya yang bernama Pipah Tertipu. diAgongkan oleh Professor Cikgu Zaibidah a.k.a cikgu kimia.

Mendalami lagi Negara 5 Perdagangan nie lokasi sungguh strategik sekali, depan pintu pagar dan diantara negeri 4Ppn dan 5Ppn. Disangka beruntung walaubagaimanapun terpaksa jua rakyat-rakyat jelata sekalian yang duk kat luar asrama berjalan masuk ke Negara melalui pintu jauh..malang sekali… tidak hairanlah purata budak perdagangan kecik comel molek.

Pada satu hari datanglah seorang raksaksa bernama Peka We Hasan mengegarkan 5 Pdg, raksaksa yang dikatakan mengamuk sebab salah seorang rakannya telah difitnah dan dihukum buang Negeri(kelas) oleh cikgu. Dibantu oleh Mokla the Mulut Luas. Maka huru-haralah negeri. Ketua 5Pdg semakin bingung mencari jalan penyelesaian.

Dikala Negeri dalam darurat, maka muncullah seorang pahlawan, sudah tentunya lelaki.membelasah raksaksa-raksaksa yang bikin kecoh. Dengan kuasa diamanahkan Ultraman Tiga. Mereka bertarung 7 hari 7 malam tanpa henti..kah..kah..kah.. ketawa raksaksa sebelum meninggal..wasiat le kot..

Walaubagaimanapun keamanan yang dikecapi tidak berkekalan akibat daripada sejenis penyakit yang telah menular dalam kalangan penduduk 5 Pdg. Penyakit yang dikenali sebagai astrodynamicohimsoosleepy atau pun bahasa senang selalu mengantok. Ketika latihan perang yang diketuai oleh General Mdm Loo sedang berlangsung, maka Si Pika Kadir pun tertidor dan terlentok bersama Si Azni Lentok.. General Mdm Loo yang perasan terus melontarkan torpedo putih bernama kapur keatas Pika dan Azni. Maka terbangunglah mereka berdua lalu membacakan kedua-dua mereka dengan ayat jampi iaitu “GO WASH UR FACE!”. Dikala Negara dilanda penyakit, muncul la lagiiii Syai the Potpet menyinari negeri 5Pdg.

Nak dijadikan cerita beruntunglah negeri 5Pdg yang lokasinya berhampiran sumber air(tandas). Ketika Hazwani the Mata Empat khusyuk study, datanglah si Ani Gangster n the Gang yang juga merangkap Along atau LoanShark yang berkuasa sungguh dalam negeri 5Pdg nie,datang mengutip cukai(duit kelas) dari rakyat jelata sekalian. Lalu si Hazwani the Mata Empat menjawab yang beliau tidak beharta,tetapi berilmu semata-mata. Kedengaran demikian, Ani terus mem…….sambung sendiri.

Namun tidak semuanya buruk di Negara ini, muncullah Suhada the bajubiru yang manis tidak terperi baik tidak terkata, tapi mudah terasa yang sanggup membela nasib rakyat jelata yang kureng berilmu. Membantu Midah Rosli,Tikah Hassan serta Ateeq the Mc dalam pelajaran. Diikuti jejak langkah Suhada oleh si Dibah Rempit yang sering dianggap jahat..kahkahkah.. usahanya terbukti melalui kejayaan Farhana Sengal dan Ayuni Mulut Murai yang telah berjaya dalam pelajaran.

Dilihatkan kejayaan mereka berdua, Izatul,Hidayah kecik dan Azrina membuta tuli dengki akan kejayaan mereka. Disediakan perangkap yang dicadangkan oleh Bomoh 8 keturunan, namun berkat doa Yana skema mereka berdua berjaya diselamatkan dari bala.Dayah tinggi yang sekian lame menanti name die muncul,tapi malangnya aku sudah kekeringan idea..kah..kah..kah…

Akhirnya,negeri 5Pdg dikatakan lesap begitu sahaja selepas S.P.M.. semoga mereka masing-masing berjaya dalam hidup. Ini adalah rekaan semata-mata yang terasa aku pohon ampun. Rekaan yang telah memutar-belitkan kepala anda demi hiburan semata-mata.haha.. Harap cikgu B.M. terutama Cikgu Basimah tak amik kisah… 
The End.
  Karutan,
  Olak329@yahoo.com
 5Pdg

No comments: